Akaun Surau: MAYBANK ISLAMIC: 558453102171

Sumbangan ikhlas tuan puan sangat dialu-alukan. Mudah-mudahan setiap sen sumbangan bakal dikira sebagai amal soleh, Insya-Allah...

No. akaun: Maybank Islamic 558453102171

e-mel: surauhidayahipoh@gmail.com


nota: klik mana-mana gambar untuk paparan skrin penuh

Sunday, November 21, 2010

IBADAH KORBAN 1431 HIJRIYYAH

dengan nama Allah
kerja melapah
proses timbang
persediaan rempah ratus
bungkusan siap untuk diagihkan
majlis kenduri

Sunday, October 17, 2010

Ahli Jawatankuasa Surau

Pengerusi: Ustaz Zulkifli Ahmad
Naib Pengerusi: Hj. Shapie b. Mustapa
Setiausaha: Hj.Mustaffa Albasre b. Harun
Naib Setiausaha: Hj. Mohd Isa b. Idris
Bendahari:  Hj. Syed Sheikh b. Syed Ibrahim

Wednesday, October 13, 2010

SUMBANGAN WAKAF HAMPIR RM8K

Pengerusi dan Jawatankuasa Surau Al-Hidayah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang bermurah hati menyumbang wang tunai berjumlah RM7,930.00 untuk membiayai kos pembelian:

1    Dua unit pendingin hawa 2 kuasa kuda;

2    Servis 3 unit pendingin hawa 1.5 kuasa kuda sedia ada;

3    Set amplifier dan sangkarnya.

4    Penyedut hampa gas (vacuum cleaner)

Dengan itu, ruang utama solat di aras atas telah dilengkapi dengan 5 unit pendingin hawa, manakala ruang serba guna aras bawah ditempatkan dengan seunit pendingin hawa. Sebagai langkah keselamatan dan kecekapan kos, pendawaian semula elektrik kepada sistem 3-phase perlu dirancang dalam tempoh yang terdekat.

BERITA LAIN

1  Atas permintaan jemaah, bilangan lembu korban telah ditambah seekor lagi menjadikan 3 ekor semuanya

2  Program pengajian Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh akan diumumkan dari masa ke masa


Jika tuan puan ingin menyumbang sebarang artikel, berita dan sebagainya, sila alamatkan menerusi e-mel: surauhidayahipoh@gmail.com

Sokongan dan sumbangan tuan puan amatlah dihargai. Wassalam.

Monday, October 11, 2010

MAJLIS DOA BAKAL JEMAAH HAJI

Isnin: 3 Zulkaedah 1431 / 11.10.10
Dimulai dengan bacaan surah Yasin dan tahlil pimpinan Tuan Haji Hassan
Diikuti dengan jamuan di anjung surau

Antara cendekiawan yang hadir: Haji Abdullah, Dr Rosli, Dr Shaharuddin, Haji Azizi

Saturday, October 2, 2010

MAJLIS RAMAH MESRA EIDUL FITRI CAPAI MATLAMAT

Sabtu, 23 Syawal 1431 / 2 Oktober 2010

Alhamdulillah, program yang dirancangkan dapat juga dilaksanakan akhirnya.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan ahli kariah yang sudi meluangkan masa.

Semangat gotong-royong dapat disemarakkan dalam kalangan ahli kariah.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Sulaiman, dari Sekolah al-Hidayah, Rapat Setia.

Sambutan begitu menggalakkan. Kecil besar tua muda ikut hadir.

Satu anjakan paradigma. Jiran bukan Islam tidak kekok bertandang...

Saturday, September 18, 2010

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang

Welcome

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Terima kasih, thank you, shukran jazilan

Blog ini bakal memaparkan kegiatan jemaah surau Al-Hidayah yang berlokasi di Taman Desa Indah, Ipoh.

Surau ini telah dipilih oleh Berita Harian, Majlis Bandaraya Ipoh dan Ambank Islamic dalam program Semarak Ramadan 1431 baru-baru ini.


Ikuti perkembangan aktiviti Surau al-Hidayah dari masa ke masa... Insya-Allah

Segala sokongan dan sumbangan amatlah dialu-alukan. Hubungi kami:

surauhidayahipoh@gmail.com