Akaun Surau: MAYBANK ISLAMIC: 558453102171

Sumbangan ikhlas tuan puan sangat dialu-alukan. Mudah-mudahan setiap sen sumbangan bakal dikira sebagai amal soleh, Insya-Allah...

No. akaun: Maybank Islamic 558453102171

e-mel: surauhidayahipoh@gmail.com


nota: klik mana-mana gambar untuk paparan skrin penuh

Wednesday, October 13, 2010

SUMBANGAN WAKAF HAMPIR RM8K

Pengerusi dan Jawatankuasa Surau Al-Hidayah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang bermurah hati menyumbang wang tunai berjumlah RM7,930.00 untuk membiayai kos pembelian:

1    Dua unit pendingin hawa 2 kuasa kuda;

2    Servis 3 unit pendingin hawa 1.5 kuasa kuda sedia ada;

3    Set amplifier dan sangkarnya.

4    Penyedut hampa gas (vacuum cleaner)

Dengan itu, ruang utama solat di aras atas telah dilengkapi dengan 5 unit pendingin hawa, manakala ruang serba guna aras bawah ditempatkan dengan seunit pendingin hawa. Sebagai langkah keselamatan dan kecekapan kos, pendawaian semula elektrik kepada sistem 3-phase perlu dirancang dalam tempoh yang terdekat.

BERITA LAIN

1  Atas permintaan jemaah, bilangan lembu korban telah ditambah seekor lagi menjadikan 3 ekor semuanya

2  Program pengajian Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh akan diumumkan dari masa ke masa


Jika tuan puan ingin menyumbang sebarang artikel, berita dan sebagainya, sila alamatkan menerusi e-mel: surauhidayahipoh@gmail.com

Sokongan dan sumbangan tuan puan amatlah dihargai. Wassalam.

1 comment:

  1. Alhamdulillah....sape yg run blogspot nih? Pakcik Jamal ke??

    ReplyDelete