Akaun Surau: MAYBANK ISLAMIC: 558453102171

Sumbangan ikhlas tuan puan sangat dialu-alukan. Mudah-mudahan setiap sen sumbangan bakal dikira sebagai amal soleh, Insya-Allah...

No. akaun: Maybank Islamic 558453102171

e-mel: surauhidayahipoh@gmail.com


nota: klik mana-mana gambar untuk paparan skrin penuh

Sunday, October 17, 2010

Ahli Jawatankuasa Surau

Pengerusi: Ustaz Zulkifli Ahmad
Naib Pengerusi: Hj. Shapie b. Mustapa
Setiausaha: Hj.Mustaffa Albasre b. Harun
Naib Setiausaha: Hj. Mohd Isa b. Idris
Bendahari:  Hj. Syed Sheikh b. Syed Ibrahim

Wednesday, October 13, 2010

SUMBANGAN WAKAF HAMPIR RM8K

Pengerusi dan Jawatankuasa Surau Al-Hidayah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang bermurah hati menyumbang wang tunai berjumlah RM7,930.00 untuk membiayai kos pembelian:

1    Dua unit pendingin hawa 2 kuasa kuda;

2    Servis 3 unit pendingin hawa 1.5 kuasa kuda sedia ada;

3    Set amplifier dan sangkarnya.

4    Penyedut hampa gas (vacuum cleaner)

Dengan itu, ruang utama solat di aras atas telah dilengkapi dengan 5 unit pendingin hawa, manakala ruang serba guna aras bawah ditempatkan dengan seunit pendingin hawa. Sebagai langkah keselamatan dan kecekapan kos, pendawaian semula elektrik kepada sistem 3-phase perlu dirancang dalam tempoh yang terdekat.

BERITA LAIN

1  Atas permintaan jemaah, bilangan lembu korban telah ditambah seekor lagi menjadikan 3 ekor semuanya

2  Program pengajian Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh akan diumumkan dari masa ke masa


Jika tuan puan ingin menyumbang sebarang artikel, berita dan sebagainya, sila alamatkan menerusi e-mel: surauhidayahipoh@gmail.com

Sokongan dan sumbangan tuan puan amatlah dihargai. Wassalam.

Monday, October 11, 2010

MAJLIS DOA BAKAL JEMAAH HAJI

Isnin: 3 Zulkaedah 1431 / 11.10.10
Dimulai dengan bacaan surah Yasin dan tahlil pimpinan Tuan Haji Hassan
Diikuti dengan jamuan di anjung surau

Antara cendekiawan yang hadir: Haji Abdullah, Dr Rosli, Dr Shaharuddin, Haji Azizi

Saturday, October 2, 2010

MAJLIS RAMAH MESRA EIDUL FITRI CAPAI MATLAMAT

Sabtu, 23 Syawal 1431 / 2 Oktober 2010

Alhamdulillah, program yang dirancangkan dapat juga dilaksanakan akhirnya.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan ahli kariah yang sudi meluangkan masa.

Semangat gotong-royong dapat disemarakkan dalam kalangan ahli kariah.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Sulaiman, dari Sekolah al-Hidayah, Rapat Setia.

Sambutan begitu menggalakkan. Kecil besar tua muda ikut hadir.

Satu anjakan paradigma. Jiran bukan Islam tidak kekok bertandang...