Ipoh, Rabu: 7.9.11 / 9 Syawal 1432
Mesyuarat Jawatankuasa Surau sebentar tadi (antara Maghrib dengan Isya') memutuskan bahawa tarikh majlis ditetapkan pada hari Sabtu, 24 September 2011, bersamaan 26 Syawal 1432 bertempat di perkarangan surau. Sehubungan itu, semua ahli jemaah dan penghuni kejiranan surau, termasuk masyarakat bukan Islam dialu-alukan hadir. Insya-Allah, menu yang disediakan pasti menawan selera! Majlis bermula selepas solat Asar, iaitu 4.30 petang.
sebahagian AJK surau yang hadir
Mesyuarat turut membincangkan projek pendawaian semula elektrik memandangkan makin banyak alat elektronik dan pendingin hawa digunakan. Atas pertimbangan keselamatan dan keselesaan jemaah, projek berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Alhamdulillah, sumbangan derma yang diterima ialah sebanyak RM8,840, iaitu melebihi jangkaan kos asal RM8,500.
3 orang jawatankuasa kanan: Haji Mokhtar, Haji Shafie, Haji Mustaffa
(ketiga-ketiga mereka berlatar belakang profesional luar negara)
Pihak jemaah wanita pula mencadangkan supaya pintu masuk ke ruang solat wanita di aras bumi digantikan. Selain itu, bendahari memaklumkan bahawa dua poin pendingin hawa akan disediakan untuk ruang solat wanita. Maka, sumbangan dua unit pendingin hawa berkuasa kuda 2 amat dialu-alukan.
Projek seterusnya ialah korban sempena Eidul Adha. Satu mesyuarat khas akan diadakan khusus bagi menetapkan pentadbiran ibadah berkenaan. Jemaah yang berhajat mengambil bahagian diminta bersedia...
No comments:
Post a Comment